
selecting rainbow colors on big bikes
dataran bandaraya johor bahru
Walaupun tidak banyak tempat menarik didalam bandaraya johor bahru. Tetapi dari masa ke semasa ada saja acara warna-warni di dataran bandaraya itu.
Ahad kelmarin me sudah singgah di pameran penunggang motor-motor pelbagai kuasa kuda di situ. Minggu motor jb ataupun ‘jb bike week 25 -27 dis 2007‘ [+ lang bikers ]. Motor besar, skuter dan kapcai juga. Kebetulan masa me tiba, acara gerombolan gotong royong baru saja hendak berangkat. Tapi me tidaklah tahu, gotong royong aktiviti apa. Mungkin membersihkan pantai agaknya.

ready for gotong royong
Alahai.

built from 1892 to 1900, the magnificent sultan abu bakar mosque is a mixture of architectural styles, but principally victorian [+ different angle view ]
Sedih kan.
Tapi tidak mengapa, hari ini entri me berkenaan 10 tempat menarik di bandaraya johor bahru (jay-bee atau jb).
Sebenarnya tidak sampai pun sepoh tempat menarik. Secara jujurnya kalau kawan-kawan bertanya, me akan bilang tiada tempat menarik di jb. Tiada bangunan dan tempat sejarah terutamanya. Mungkin bandaraya jb baru saja menjadi ibunegeri moden yg menggantikan kota tinggi. Dan juga disebabkan kedudukan pulau temasik yg lebih canggih, bersih, berteknologi tinggi dan lebih segala-galanya di seberang tambak.
Sebab itu tidak hairanlah kalau bandaraya jb dijadikan tempat persinggahan atau tempat mengecop paspot sahaja. Ramai pelancong dari luar negara (yg biasanya akan mendarat dan melawat pulau temasik dahulu) akan terus ke utara semenanjung. Begitu juga sebaliknya pelancong dari kuala lumpur dan utara akan terus melimpasi tambak johor sahaja.
Walaubagaimana kalau kawan-kawan berkeras juga ingin melawat bandaraya jb (jangan cakap me tak bilang ya). Me cadangkan tempat-tempat berikut.
1. Muzium Diraja Abu Bakar
2. Masjid Sultan Abu Bakar
3. Bangunan Sultan Ibrahim (Bukit Timbalan)
4. Galeri Mawar
5. Galeri Seni
6. Hutan Bandar
7. Taman Merdeka
8. Zoo Johor
9.
10.
Me minta maaf kerana tidak dapat memenuhi senarai diatas. Mungkin boleh juga tambah pusat pasaraya membeli belah seperti plaza angsana, kotaraya, jb city square.
Tentang tempat makan di tengah bandaraya jb pula, me boleh cadangkan berikut. Lc catering (lebuhraya tebrau), gazebo (kampung kurnia), restoran singgah selalu (depan danga bay), nasi beriani (jalan kebun teh).
Alahai.

i love you my baby boy & i miss you very much
left: dec 2007, right: oct 2009
Sudah hampir dua minggu me tidak berjumpa budak yg selalu me tinggal-tinggalkan itu. Dengan emak si yaasir pun.
Sembang petang ahad malam isnin. Salam sayang dari me untuk kawan-kawan juga.
Alahai.

various food i had for the whole year, according to the month
some i like it, some i dont
Hampir tiba di penghujung tahun 2009. Hari ini cuti hari natal sedunia.
Gambar-gambar makanan diatas me tangkap mengikut bulan. Dari bulan januari hingga disember 2009. Tanpa prejudis, me susun dan ringkaskan makanan tersebut seperti berikut:
januari. asam pedas melaka sejati, kampung pandan
febuari. lauk lalapan, miri
mac. mee banjir udang mak teh, kuala sepetang
april. peri-peri chicken, nandos, jaya jusco tebrau city
mei. ketam masak merah, makanan laut sri bahagia, tanjung langsat
jun. ikan patin masak tempoyak, kedai kak nita, temerloh
julai. fish and chips, marrybrown, today’s market, masai
ogos. nasi goreng special, old town white coffee, tesco seri alam
september. mee hoon tomyam, suntwo restaurant, kota bahru
oktober. ayam masak merah, bandar seri alam
november. roti canai, muara, brunei darussalam
disember. grilled salmon & garlic spaghetti, lavender bistro & cake shop, senai international airport
Dengan melihat gambar makanan tersebut, mengembalikan memori dan kenangan ke tempat-tempat yg me telah berpergian. Jauh dan dekat.
Tapi ada satu perkara yg me perhatikan pada gambar makanan diatas. Iaitu kurangnya warna hijau, bermaksud me kena lebihkan memakan sayur-sayuran pada tahun hadapan.
Alahai.

extra long exposure, a flashlight, and a dark room
Yuna (yunalis zarai,23) enggan ulas isu tak mesra wartawan, kata teropong zubir di bintang popular. Gasaklah kan.
Sebenarnya sudah lama me hendak tunjuk gambar hasil tangan me dalam bilik gelap.
Masih perlu banyak yg hendak dipelajari. Walaupun model tidak pernah merungut dengan jangkamasa yg agak panjang.
Kena cuba lagi di lain hari.
Sembang petang khamis malam jumaat. Salam sayang dari me buat kawan-kawan semua.
Alahai.

still reliable piece of junk
Sejak me terima modem jalur lebar dari maxis (secara percuma), me jarang-jarang sekali guna telefon bimbit nokia n81 yg ada digi gprs untuk melayari internet.
Tapi kadang-kadang, penerimaan data internet dari modem maxis itu amat mengecewakan. Terpaksa juga me guna nokia buruk (yg sudah pecah skrinnya) itu. Boleh juga me jenguk-jenguk, singgah-singgah, komen-komen blog kawan-kawan yg best-best itu kan.
Sebagai nota sampingan, laptop apple powerbook me telah lama padam. Ya, ‘perempuan cantik yg tidak pandai memasak’ itu telah lama menghembuskan nafas terakhirnya.
Alahai.

then and now: yaasir at sedi longhouse (left -18 july 2008 and right – 15 dec 2009)
Pagi tadi me sudah buat entri atas permintaan mama danish & sara pasal ‘gravatar’. Tengahari ini pula me nak layan pertanyaan akak zara alwi pula. Baik hati kan me hari ini, sebab mood tengah baik lorr.
Masa me hendak balik ke rumah panjang tempohari, akak zara alwi (bukan lord zara, atau zara milia atau mama zaranfamily atau zyma zara ) ada bertanya me tentang sebuah kampung di sini. Kampung sebako diberi nama. Tapi sebenarnya ada beberapa nama kampung sebako di sarawak.
Yg pertama, kampung sebako yg terletak di sungai lundu, kuching. Bukan di sungai rajang atau sungai sarawak. [+ lebih informasi di telecenter ] Dan masyarakat peribuminya adalah bangsa bidayuh. Bukan bangsa iban.
Seperti juga rumah panjang sedi, kalau dulu terpaksa menggunakan batang sungai sebagai pengangkutan utama, dan terpaksa berakit-rakit dan boleh berenang-renang juga. Tapi sekarang, kampung sebako sudah dihubungi dengan jalanraya. Negeri bumi kenyalang sudah maju kan.
Jadi me rasa memang tidak sesuai kalau dalam novel akak zara nanti ditulis watak yg menaiki rakit turun rakit, naik sampan turun sampai, naik bot turun bot. Naik perahu turun perahu. Meredah hutan belantara dan sungai-sungai yg berliku-liku. Turun bukit naik bukit juga. Dua hari dua malam lamanya.
Tetapi mungkin juga kampung sebako paloh, daro itu yg akak zara maksudkan. Kampung sebako yg ini terletak di pulau bruit (sebut betul-betul), daerah mukah. Ianya juga terletak di sungai paloh, sebahagian cabang sungai rajang di muara. Walaupun ianya tidak terletak ke pendalaman hutan belantara (di muara sungai dan di tepi pantai saja), tetapi memang masih mundur ke belakang berbanding kampung-kampung lain. Masih berbekal air hujan, menggunakan generator untuk kuasa elektrik dan tiada jalanraya antara kampung-kampung [+ sarawak2day ].
Ada sesiapa kawan-kawan lain yg nak buat pertanyaan?
Alahai.
![]()
your gravatar is an image that follows you from site to site appearing beside your name when you do things like comment or post on a blog
the first row (females): farihin, dakchomey, zymazara, neeza, atikahnr, mrs azmi, tie
the second row (males): pokli, wanwma, irfat, yusufjaafar, broframestone, sebaliktabir, mazaaida
the last row (cartoons): amanz, adila, zuwairiaiman, intan izani, yonna, blinkky, messyremo
Filem ‘avatar’ yg me baru tontoni tempohari mengingatkan me tentang ‘gravatar‘. Gravatar adalah gambar-gambar kecil kawan-kawan yg telah meninggalkan komen-komen, ianya kependekkan dari ‘globally recognized avatar‘. [+ wikipedia ] Memang blogger tegar kan me? Tengok wayang pun masih ingatkan blog.
Ramai sungguh kawan-kawan dari blogspot yg datang jenguk-jenguk, singgah-singgah dan komen-komen blog me yg ini. Macam biasa kan. Ada juga yg teringin hendak letakkan gambar masing-masing dalam kotak komen blog me seperti gambar gravatar kawan-kawan yg telah membuatnya diatas. Tapi secara jujurnya, me yg dulu pernah bersekolah kampung saja (ya, sekolah kampung melayu raya, pekan nanas) tidaklah pandai hendak mengajar kawan-kawan semua yg bijaksana lagi best-best itu.
Tapi me cuba juga sebab semalam mama danish & sara (kanan) sudah berguling-guling bertanya tentang gravatar itu. Secara ringkasnya begini.
Kawan-kawan kena mendaftar emel dalam website gravatar.com. Letakkan gambar sesedap dan secukup rasa. Jangan panik kalau gambar gravatar masih tidak kelihatan. Ianya mengambil masa dua tiga jam sahaja. Ataupun dua tiga hari? Ha ha ha, me pun ffeninggg uooolss..
Selamat mencuba, renung-renungkan dan selamat beramal.
Alahai.

too many red ants on the ground, please be patient my dear
flora heights, pasir gudang
aDm baru saja menaiktaraf lesen ‘p’ kepada lesen penuh minggu lepas. Sudah dua tahun aDm ada lesen rupanya. [+ 2 years ago ]
Tapi nampaknya tidak sempat me hendak buang pelekat tanda ‘p’ di depan dan belakang cermin kereta-kereta me itu.
Sekarang tiba masa aTi pula mengambil lesen memandu. Kelmarin aTi telah menghadiri kelas undang-undang dan lulus dalam peperiksaan undang-undang mendapatkan lesen ‘L’ itu. Tapi aTi bengang juga sebab kena tunggu giliran yg lama (2 jam lebih) untuk ambil periksa itu.
Lusa, sekolah memandu akan mula mengajar aTi tentang teori dan praktikal memandu kereta pula.
Alahai.

zoe saldana is not a warrior, she’s definitely not blue, and she’s nowhere close to being nine feet tall
Kelmarin di rumah panjang, me sudah berjaya menonton filem ‘2012′ itu dengan selamatnya. Me beli dvd cetak rompak haram*jadah saja. Bila me pasang di pemain dvd, seperti yg dijangka dengan gambar yg tidak tajam dan gelap pula. Tapi yg me tidak puas hati sebab gambar tersekat-sekat. Tapi bila me main kat laptop sony vaio mQ yg itu, gambar jadi lancar. Tapi masih tidak tajam dan gelap.
Mengikut cerita dongeng kaum mayan, bumi akan hancur binasa atau kiamat pada 12hb Disember 2012. 12-12-12 ringkasnya. Lagi dua tiga tahun, dan tarikh itu jatuh seminggu selepas harijadi me. Sempatkah me hendak merasai tarikh tersebut nanti? Ataupun sempatkah me hendak mengemas kini blog ini esok? Wallahualam.
Ringkasnya, kesan khas filem ‘2012′ memang menakjubkan walaupun me tonton dalam skrin kecil laptop itu. Dan seperti yg kita semua ketahui jalan cerita yg tidak menarik. Tetapi me perasan juga bahawa pengarah cuba memaparkan kasih sayang seorang bapa pada anak-anaknya. Bukan sekadar pada watak pelakon utama (John Cussack) tapi pada watak presiden amerika (semestinya pak hitam kan?) dan tukang masak juga. Me beri 3 bintang. ![]()
Kelmarin juga me tonton wayang cerita ‘avatar’. Seperti filem ‘2012′, kesan khasnya memang canggih dan mengasyikkan. Cuma jalan cerita yg me rasa boleh diagak. Memang kisah perkauman yg mana kaum pendatang (penjajah) yg mempunyai senjata canggih cuba menakluki dan menghalau pribumi di kawasan yg kaya dengan hasil bumi. Me beri 4 bintang. ![]()
Alahai.

an evening tea break
ingres longhouse, nyabor
Kalau berjalan-jalan ke rumah saudara mara belah mQ di rumah panjang yg lain. Tidak perlu mengharapkan makanan yg lazat-lazat.
Biskut yg ada gula pasir bertaburan diatasnya pun sudah memadai. Ditambah dengan air teh kosong yg panas. Menjadikan petang yg ceria juga.
Begitu juga kalau menziarah blog kawan-kawan. Kalau tidak dapat memberi komen yg panjang lebar. Setakat memberi salam pun memadai juga.
Janganlah sekadar jadi pembaca senyap. Kalau me tidak kemaskini blog barang sehari, janganlah gedik-gedik menyalak tanya ‘bila nak update, bila nak update, blog pak malau bila nak update‘ berhari-hari pula. Menyampah kan.
Alahai.

the penis statue (right) symbolizes the small town’s unique name [+ bigger image ]
jakar, sarikei [+ maps.google ]
Kalau di bandar sarikei (sebutan bukan sa-ri-kai), ada tugu replika ‘buah nanas’ berdekatan jeti terminal satu di tebing sungai. Kelmarin me ternampak ada lagi sebuah replika buah nanas yg baru di depan bangunan nam leong.
Tapi tidak dapat melawan keunikan tugu replika ‘pokok lada hitam’ di pekan kecil bernama jakar. Pekan jakar terletak antara bandar sarikei dan saratok. Lucah (sebutan bukan lu-cu) sungguh. Tapi gasaklah kan.
Projek akan datang, me ncari tugu replika di pekan lachau (sri aman) lah pula. [+ lachau not suitable name for town | maps.google ] Mungkin ada sesuatu yg menarik di kampung rapak lachau, atau kampung lachau jinggau, atau kampung lachau engkabang baru kan.
Alahai.

three fighting cocks or ‘manuk sabung’ [+ zoom out ]
sedi long house, roban
Tahniah buat pasukan bolasepak negara yg mengakhiri kemarau dua poh tahun pingat emas dengan penuh bergaya selepas membenam keegoan Vietnam menerusi kemenangan tipis 1-0 pada perlawanan akhir acara bola sepak lelaki Sukan SEA, semalam.
Tahniah sekali lagi. Majulah sukan untuk negara.
Dan ini adalah entri pertama me ditahun baru hijrah 1431. Salam maal hijrah untuk kawan-kawan semua. Semoga Allah memberkati kita dengan iman yang kukuh, rezeki yg berkat, akhlak yg terpuji, kesabaran yg tinggi dan kasih sayang dari semua makhluk disekeliling kita. Dan semoga negara akan tetap aman damai sentosa sejahtera senantiasa. Amin.
Alahai.

bye bye, for now
jaya jusco tebrau city
Ini adalah entri terakhir me. Sedih kan.
Entri terakhir me untuk tahun ini. Hari ini (ahad) me akan berangkat ke seberang lautan lagi. Pulai ke rumah panjai kampung mQ lah pula.
Arakian teringat me dua poh tahun yg lampau. Masa aTi kecil lagi, sebaya yaasir sekarang. Kalau nak pulang ke rumah panjang, kena naik sampan turun sampan. Naik bot turun bot. Naik perahu turun perahu. Meredah hutan belantara dan sungai-sungai yg berliku-liku. Turun bukit naik bukit juga. Dua hari dua malam lamanya. Begitulah adanya. Tapi sekarang, pergi petang sampai petang yg sama sudah tiba di tanju rumah. Negeri bumi kenyalang semakin maju kan.
Tapi ditengah hutan belantara borneo, masih tiada wilayah sesiapa untuk penggunaan telefon. Apatah lagi melayari internet. Kena tunggu dua poh tahun lagilah nampaknya.
Sambil me hendak pantun lah sikit.
pucuk pauh delima batu.. ammvoiii makcik su tewww
anak sembilang di tapak tangan; tepuk tepuk
sungguhpun me jauh behibu batu .. ekeke
hilang dimata, dihati uooolsss jangan..

last year picture of yaasir at sedi long house, roban
Alahai.

adj. yon – distant but within sight (`yon’ is dialectal); “yonder valley”; “the hills yonder”; “what is yon place?”
Me sudah lama tidak main scrabble itu.
Sabtu lepas me sudah terjah ke zon regency hotel, stulang laut. Sebab sengaja hendak tengok pertandingan scrabble sedunia yg diadakan disitu selama tiga minggu berturut-turut.
Ada tiga bahagian. Yg satu, kejohanan sedunia (the 2009 world scrabble championship – 26-29 Nov). Yg dua, pertandingan tambak johor (the causeway scrabble challenge 2-6 Dis). Yg tiga, kejohanan remaja sedunia (world youth scrabble championship – 8-10 Dis).
Masa mencari maklumat di internet, me baru tahu juga. Sungguh tidak disangka – buah cempedak dah jadi nangka. Cikgu Ganesh Asirvatham (gambar kanan) dari Klang adalah pemain scrabble nombor satu dunia.
Tapi sayang sehibu kali sayang, juara tahun ini (2009) jatuh kepada enchek pakorn nemitrmansuk dari siam pula.
Alahai.