when i was 12 – the tag

Saturday, 17 October, 2009
by en_me

(insert identity card of mine)

my first identity card (with picture)

Me bukan kena tag.

Me sudah lama hendak buat entri pasal kad pengenalan lama me itu. Semalam masa mencari ilham, me terjumpa entri tag dari akak liyana nazmin.

Peraturan:-
sila bayangkan anda sedang membuat buku biodata/biografi rakan anda semasa anda berumur 12 tahun. lalu jawab soalan2 di bawah ini oke. mudah kan? jadi sila la jawab.

Sebenarnya me keliru dgn peraturan itu. Bukan kah disuruhnya membuat biodata/biografi rakan anda. Tetapi kenapa harus diri sendiri menjawabnya. Gasaklah kan. Me layan saja.

Nama – bermaksud ‘hamba kepada Yg Maha Kaya’, tetapi pakcik polis itu yg membuat surat beranak dulu sudah tersalah eja nampaknya

Nama Panggilan – ikut nama melayu dlm kad pengenalan, tiada nama timang-timangan

Tarikh lahir – sehari selepas kapalterbang mas terhempas di tanjung kupang

Tempat lahir – rumah berek pekerja ladang kelapa sawit, kulai young

Status – kanak-kanak

Hobi – main bolasepak, mandi sungai

Makanan kegemaran – masakan bonda lorr

Minuman kegemaran – air teh tarik yg ayahnda selalu buat

Cita- cita – menjadi doktor.. boleh?

Pengalaman buruk – hampir lemas di air terjun itu, kebetulan ada seorang brader cina menarik me keluar dari situ. Kalau tidak, mungkin tidak wujud blog ‘memang lumayan’ ini. Wallahualam.

Pengalaman manis – mendapat kad pengenalan agaknya (manalah me ingat)

Perkara yang disukai – menonton cerita-cerita televisyen hitam putih seperti combat, six million dollar man, dll

Perkara yang tak disukai – bila bonda suruh buat itu dan ini semasa menonton televisyen lorr

Kawan yang diminati – kawan-kawan sepermainan saja

Adakah anda berpuas hati dengan apa yang anda ada? – hmmm, tentunya tidak sebab bukan keluarga berada

Harapan – harapan pada masa itu adalah untuk menjadi pelajar yang berjaya juga

Saya mahu tag – tiada siapa. Kali terakhir me sudah tag 66 orang kawan-kawan blogger [+ why i tag ], jadi kali ini me mahu berehat. Tetapi jika ada kawan-kawan yg teruja hendak menjawab tag ini amatlah me alu-alukan. Tetapi jangan sekadar ‘menjual tangkai cangkul sekah’ ya kawan-kawan. Ataupun ‘menjual petai hampa’. Tak baik tau.

Nota: hari ini deepavali. Hari isnin me tetap kerja seperti biasa. InsyaAllah.

Pasca nota: Esok (Ahad), aTi sudah tempah masa me hendak belanja rakan-rakan sekolahnya makan sushi.  aTi sudah genap 17 tahun kelmarin (hari khamis).

Alahai.

31 Responses leave one →
  1. Saturday, 17 October, 2009

    ada lagi simpan kad pengenalan lama en_me tu..? sy dulu mntak nk smpan yg lama tp org pendaftran tu xbg dia potong terus dia simpan.. mmm…

  2. Saturday, 17 October, 2009

    ahaks.. teringat lak lerr KP lama maza.. huhuhu

    sungguh derr berubah wajah dolu2 dgn skrg kanzz…….. hehehhee

  3. Saturday, 17 October, 2009

    pehhh…. masa umur 12th, dpt kad pengenalan… bangganyeee… rasa macam nak pinang anak dara org je…. hehehe

  4. Saturday, 17 October, 2009

    umur doblas tahun dah dapat ic?
    wahh,tak pernah lak tengok ibu ngan ayah nye ic lame2 ni..
    tapi penah tengok surat beranak ayah.hahahahaha,BURUK sangat2.
    siap dah koyak selotep2 lagi.nama salah eja potong,tulis balik,macam kertas karangan masa sekolah.kihkih..

    papepun en_me,sape sangka,budak umur doblas tahun ni,dah jadi somebody dah skang ni. :)

  5. Saturday, 17 October, 2009

    ingat gi masa tu…kat kg. datuk keramat..punyalah jauh nak menapak ke tempat pendaftaran tu… adalah sejam jln kaki.

    Gambar dah la itam putih, besar lak tu..pastu malu nak tunjuk kat kengkawan sebab mata ala-ala terbeliak …terperanjat kat flash kot…hehehee..pulak tu dengan rambut belah tengah….sivik betul..

  6. Saturday, 17 October, 2009

    ooo orang Kulai !

  7. Saturday, 17 October, 2009
    Solehah permalink

    cerita waktu 12 thn seronok..zaman kanak2 ribena katakan..

  8. Saturday, 17 October, 2009

    waa simpan lg ic lame..[...]

  9. Saturday, 17 October, 2009
    ibusinga permalink

    mana rambutnya…?

  10. Saturday, 17 October, 2009

    Salam en me….

    IC dolu2 tuuuu….. stail mawi tu…. :)

  11. Saturday, 17 October, 2009

    en_me….

    Masa kecik ko lagi ensem ke atau masa besar cenggini ko lebih ensem?
    Cuba ko khabor kat Akak ni haaaaaaa…..

    :)

  12. Saturday, 17 October, 2009

    kiut sgt en me ni heheh.. teringat cerita lama2..

  13. Saturday, 17 October, 2009

    Cita2 nak jadi doktor? Kalau tak pasal kapalterbang MAS terhempas kat Gelang Patah tu mungkin me nak jadi pilot agaknya.

    psst – saya minta halal tag me yg sblm ni. Tak sempat buat (dibaca tak rajin nak buat) huhuhu.

  14. Saturday, 17 October, 2009

    seram juga ada pengalaman buruk itu
    kalau tidak, takdela blog me ini kan?

    harap2nye me berjaya la skrg ni
    dlm hidup

    walau tak dpt jadi doktor
    masih berjaya juge kan?

    ;)

  15. Saturday, 17 October, 2009

    whoah…klasiknyee

  16. Saturday, 17 October, 2009

    wow ada lg ke kad pengenalan tu..dh lm sgt tu..igt2 lupa dh psl kad pengenalan tu

    terima kasih krn memperingati kembali sejarah :)

  17. Saturday, 17 October, 2009

    wah..

    trademark upin ipin ini..en me kena mintak royalti dgn diorg ni..sebab diorg jdkan me sebagai ‘idea;..

    hoho

  18. Saturday, 17 October, 2009

    klasik ic tu.. hehe boleh je jadi doktor..
    oit lemas, penah sekali lemas gelap je dalam tu
    last2 terasa ada orang ankat menakutkan gak lah.

  19. Saturday, 17 October, 2009

    Dahi jendul tewwwwwww….cerah masa depan gitewwww…

  20. Saturday, 17 October, 2009

    salah eja? makcik kita salah nama terus, hihi

  21. Saturday, 17 October, 2009

    amboi~

    En me ada anak dara dah~

  22. Saturday, 17 October, 2009

    comei la en me…:D
    tapi muka nakal tu ada..

  23. Saturday, 17 October, 2009

    wooo mcm itu rupanya kad pengenalan dulu2 ye
    mcm mana en me dr nak jadi doc jd engineer plak? lari jauh wooo~ hehe

    p/s: nak tempura pls!!

  24. Saturday, 17 October, 2009

    salute r en_me..
    aku punya ic dulu pun ntah ke mane…
    hehe

  25. Saturday, 17 October, 2009

    haha kad pengenalan plastik yang besar giler tak muat nak masuk wallet
    ended up berlipat tepi tu kan
    sungguh nostalgik la, saya punya orang jpn x bagi simpan pun.
    hehe :)

  26. Saturday, 17 October, 2009

    Sesekali terimbas kenangan silam, terusik juga jiwa. Rugi sesiapa yang tak simpan kad pengenalan lama mereka.

  27. Saturday, 17 October, 2009

    Wahh..nostalgia nii..kenangan mengusik jiwa.

  28. Saturday, 17 October, 2009

    Cik Cookie xsempat IC mcm nih.Maknaynya Cik Cookie masih muda.hehehe..

  29. Sunday, 18 October, 2009

    xpernah merasa dpt ic ni…tahun bila ek start stop ada ic ni?

  30. Sunday, 18 October, 2009

    teringat ic biru … nyesal tak amik gambarnya ..kalau tak bleh tgk cam ic me iteww

    umo doblas … dah pandai tak tulis surat cinta mcm nabil :)

  31. Tuesday, 27 October, 2009
    nawarzara permalink

    samala..[...]

Leave a Reply

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS