kerana belum ada isu

sharing common Allah’s land and we live in harmony because there is no issue yet
lutong, miri, sarawak
Sekarang tengah hebat isu gereja diperbolehkan guna nama Allah.
Membuatkan me teringat dulu-dulu. Masa belum ada siaran tv astro berbayar di ‘rumah hinggap’ di selatan tanahair. Hanya menonton rancangan tv1, tv2 dan tv3 yg percuma. Juga dapat siaran tv pulau temasek dan indon juga.
Dan setiap petang hari minggu, ada saja ceramah pelbagai agama di tv indon. Kekadang mengelirukan juga, sebab penggunaan bahasa indon yg sebiji sama. Cuma sebutan Allah menjadi A-lah (dlm agama kristian) dan ye-sus (Jesus) anak A-lah sebegitu kerap dan nyata. Boleh mengubah akidah untuk mereka yg kurang iman.
Semoga nanti (nauzubillah), janganlah hendaknya kita dan kaum kerabat kita bangun diwaktu subuh, membuka siaran tv1 atau tv3 atau astro. Ada ceramah atau kuliah pagi yg sama dan biasa kita dengar. Di satu saluran tv ada ustaz melayu yg hensem memakai seragam askar dan bersongkok – mengucap kalimah syahadah. Dan pada waktu yg sama di saluran tv yg lain, ada paderi yg memegang kitab injil dan bersalib pula, dengan ucapan A-lah dan anak Tuhan (Jesus) diagong-agongkan pula. Dan diakhir rancangan kedua-dua mereka menyebut ayat yg sama, yg selalu kita dengar spt ini – ‘renung-renungkan dan selamat beramal’!
Alahai.
morning en_me..
renung-renung sama2..
morning doc.. uhuhu
…bara yang panas itu kini mengeluarkan api yang membara….
sabar bro.. sabarr
Issue sensitif terus menerus timbul di kala 2010 baru seminggu menjengah. Itu lah yg terjadi bila tidak ada rasa hormat menghormati. Sepatutnya, tidak timbul penggunaan nama Allah dlm Buletin mereka kerana mereka sepatutnya telah menjangka reaksi yg bakal timbul dan ramai pulak golongan yg mengambil kesempatan mengeruhkan lagi keadaan.
sensitiff kanns..
Sokong… Dan patut ikut Indonesia yg perbanyakkan cerita keagamaan. Iklan pon tetap juga selitkan ayat2 suci Al-Quran.. simple2 pon ada Bismillah, Alhamdulillah… Kat sini banyak iklan merapu…
me rapu katernyerr.. uhuhu
sensitif kan? sama di mana-mana. selamat hari sabtu incik.
salamm weekends ..
en_me…
norma baca website ‘drmaza’…ada lain pulak perspektif beliau…ntahle…semoga semuanya aman sentosa…
saper drmaza.. ahaha
kenapa bkn dr dulu…. kenapa baru skrg isu itu timbul…
habislaa konsep 1 Malaysia…
alahai… :-p
Salam en_me…..
Yg berat diringankan, yg ringan diberatkan. Sama mcm kisah yg en_me tulis kat atas……
Selamat beramal….renung2kan
kak zyma kannns..
Semoga di M’sia tidak seperti tu.
Anak2 muda skarang yg dah mula tak berapa kenal agama.
Takut senang2 aje dipengaruhinya.
akhir zaman tewww..